Tuesday, February 19, 2013

KARIPAP BEKU TRADISIONAL TETAP DIHATI

PENHANTARAN DISEKITAR KLANG, SHAH ALAM & KUALA LUMPUR


 Assalamualaikum,

Secara jujur inilah percubaan kali pertama saya untuk menulis dalam myOwnBlog ini. Untuk berkongsi isi hati, pengalaman, perniagaan dan nasib bersama-sama anda semua. Saya ni kalau nak bercerita panjang memang suka sangat, tapi saya akan cuba meringkaskan yang panjang tu...

Sepanjang kehidupan saya yang bermula dari zaman persekolahan rendah, saya telah melalui zaman kanak-kanak yang terhad. Dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sederhana, saya diasuh untuk menjadi seorang anak dara yang mempunyai kemahiran yang lengkap. Pendidikan dari segi agama dan akademik yang cukup untuk dibekalkan sehinggalah kehari ini. Pendapatan keluarga yang dijanakan oleh ibu untuk menolong bapa mendidik dan membesarkan kami lapan beradik amatlah bermanafaat mengajar saya untuk berkongsi produk yang menjadi sebahagian dari 'periuk nasi' keluarga..

Karipap telah menjadi sebahagian dari kuih-muih tradisional yang enak dan senang disajikan. Bermacam-macam versi karipap telah dibuat dan dimajukan dari segi jenis dan intinya. Karipap putar, karipap gergasi, karipap tekan dan karipap bakar..intinya jangan cakaplah..macam-macam jenis inti yang kita boleh pilih dipasaran sekarang. Tapi yang tetap menjadi juadah kita adalah karipap tradisional yang enak, senang dan murah.

Warga kota terutama suri rumah sekarang mempunyai pilihan untuk menyediakan sajian kuih-muih ini dalam jangka masa singkat dan menyenangkan. Kehidupan kita sekarang memerlukan pengagihan kerja yang terlampau terutama kaum ibu yang perlu berkejaran seperti seorang ahli sukan untuk memenuhi jadual seharian mereka. Disinilah datangnya kemudahan-kemudahan seperti makanan sejuk beku untuk menolong mengurangkan kepenatan mereka dengan penyediaan yang menyenangkan dengan masa yang singkat. Kegemaran kita dan anak-anak, karipap frozen menjadi alternatif diet makanan yang sihat dan ringkas. Disyorkan untuk digoreng panas, kerana penyediaan cara ini adalah yang terbaik untuk menikmati rasa karipap ranggup dan enak.

Penyediaan karipap saya adalah dengan cara tradisional melayu yang asas. Penyediaan yang ditanggung halal, kebersihan yang dijaga sepenuhnya dari permulaan proses penyediaan sehingga proses penghantaran. Penyediaan cara kampung yang dipantau sepenuhnya untuk menjaga tanggungan halal yang dijamin. Pesanan boleh dibuat melalui email saya - dijalia@gmail.com atau dilaman Facebook saya - linda ariffin. Penghantaran percuma ke sekitar daerah Selangor dan Kuala Lumpur. Kalau jauh sangat kita boleh berbincanglah...sms/telefon saya - 012-3969905..

Kepada peminat-peminat karipap 'legend' ni bolehlah pesan dengan harga RM4.00 (10 biji) - Karipap inti kari kentang dan RM4.50 (10 biji) - Karipap inti sardin, untuk mencuba keenakan karipap tradisional yang saya sediakan ini. Kepada rakan-rakan blogger sekelian, sokongan diperlukan dan teguran dialu-alukan. Sehingga kita berjumpa lagi pada ruangan masa depan, saya doakan semua sihat menempuh hari-hari depan. Ingati aku dalam doamu...insyaallah...

Assalamualaikum..